Ayam saya

Monday, August 30, 2010

Ayam stage2 keluar brooder

Ayam stage2 dah nak cukup satu bulan, keluasan brooder menjadi terhad disebabkan pembesaran & kecergasan anak2 ayam. Kalau tak handle dengan cepat takut nanti ayam boleh stress sebab kena buli dengan anak2 ayam yg lebih agresif. Menjadi Masalah jugak saya nak lepaskan anak2 ayam ni dari brooder kerana mereka ni tak boleh dicampur dengan ayam stage1.
Design reban ayam sekarang menyebabkan saya terpaksa membuat partition untuk asingkan ayam stage 1 & stage2. gambar kat bawah partition yg sedang dibuat.

saya mengunakan jaring plastik buat tirai supaya nanti mudah nak buka balik partition tu. Lepas siap pasang semua & reban dibersihkan barulah pintu2 brooder dibuka untuk membolehkan ayam2 tu merasa pijak tanah.
Gambar anak2 ayam dilepaskan.

Saturday, August 28, 2010

Baka bapak ayam kampung.

Kurang lagi 2 minggu dah nak raya... semua tengah sebok nak prepair apa2 yg patut sebelum sampai 1 syawal, ape2 pun berhati2 dijalan raya and jangan boros sangat k.

Saya sekarang ni tengah dok buat survey cari Baka bapak ayam untuk bagi kawin dengan ayam2 saya yg dah meningkat dewasa..hehe
Buat masa ni ade 2 ekor yg sesuai ambik dekat rumah tok kat mahang. satu bapak ayam kampung asli & satu lagi ayam kampung bulu balik.Gambar baka ayam kampung saya.


Nak cari lagi 2 ekor baka bapak ayam lepas raya.. kalau ade bagi tahu saya k.

Kisah Reban pertama saya.
Dulu saya ade beli 4 ekor ayam kat kawan nak bela kat kg tok di mahang dengan bertujuan nak bagi makan sisa2 makan dirumah je. Reban yg besar sikit tu saya buat dengan tok wan and reban yg kecil tu saya buat sendiri, pada masa tu saya jalankan projeck buat perabot so ade kayu lebih saya buat la reban ayam tu. Keyakinan saya untuk menternak bermula dari sini. Dari empat ekor je dah jadi berpuluh ekor sampai tak larat nak makan & siap boleh jual lagi ayam kat org2 kampung.Bawah ni gambar reban ayam kat mahang.

Saturday, August 21, 2010

NICHE INCUBATOR V2.0

Nanti bila ayam2 saya dah mula bertelur.. saya nak guna incubator macam gambar di bawah capacity 300 - 350 biji telur ayam boleh dieramkan dalam satu2 masa. Lepas raya ni rancang nak p melawat syk Niche Strategy Marketing kat terengganu jumpa En. Bedin Bin Jusoh kalau nasib baik boleh beraya sekali.. :)
Kat sana boleh la dapat penerangan yg lebih detail dari En. deris tentang incubator ni.. lepas tu baru decide sama ada berbaloi untuk membuat perlaburan yg besar ni..:P


Kalau kawan2 ade model incubator lain yg boleh tampung capacity dalam 300+ boleh bagi tau saya k..Tengah dok buat survey sekarang.

Thursday, August 19, 2010

Cuci The Brooder

Baru2 ni.. hari cuti ade kelapangan sedikit dipagi hari p la reban tengok ayam dalam reban buat house keeping sikit. Bila p check anak2 ayam dalam brooder tengok taik dah banyak lekat kat jaring. Kebiasaanya dalam 4 hari sekali saya akan cuci brooder anak ayam takut nanti penyakit senang berjangkit & bau pun boleh tahan..:P
Gambar kat bawah ni brooder anak2 ayam yg dah kotor.

hampehh betul.. banyak sunguh taik ayam lekat kat jaring.

Brooder yg telah siap dicuci.

Ade satu hari tu suruh adik saya cuci brooder.. Dia malas nak basuh jaring sebab susah nak keluarkan taik2 yg melekat kat jaring.. last2 dia p hantar kedai cuci keta kena RM2.00 selesai masalah.. :P

Friday, August 13, 2010

Selamat berpuasa

hari ni dah 3 hari kita berpuasa rasa cepat bebenorr.. aktiviti & projek2 direban banyak yg kena delay buat sementara waktu just monitor ayam2 dalam reban. ayam stage1makin membesar & bermain2 riang disekeliling reban. Dalam perhatian saya ayam bela lepas ni mereka lebih cergas bulu pun cantik je.. dulu masa kurung dalam reban ayam kebanyakan nampak tak cergas & banyak ayam2 kena buli dengan member yg lebih besar. Mungkin kat luar depa boleh berdikari & lebih tenang tampa perlu bersaing dengan ayam2 lain. Ayam stage2 ni ade masalah sedikit kematian anak ayam menunjukkan peningkatan mendadak dalam perhatian saya kemungkinan dedak ayam ni ade masalah menyebabkan ayam kurang makan.. esok nak kena beli dedak baru kat sungai kop dalam 10kg nak test. Ayam ni macam budak2 jugak tanda2 sakit @ demam nak kena cepat/pandai trigger, penternak baru macam saya ni lambat nak kenal pasti masalah sebab takde pengalaman lagi.. :)

Semoga dibulan ramadan ni segala dugaan dapat ditempuhi dengan penuh sabar..amin

Saturday, August 7, 2010

Tanam pokok betik

Betik yg saya ambik kat tikam batu tu dah tanam... tingal lagi 8 anak pokok betik kena semai dalam 1 @ 2 minggu nak bagi besar sikit. Lepas 6 bulan boleh la rasa buah betik saya.Gambar anak pokok betik:



Hari ni mak saya suruh sepupu p mesin rumput kat kebun dah naik tinggi lepas racun bulan lepas, ikut2 saya nak buat sendiri tapi mak tengok saya sebok je minggu ni so dia upah sepupu je la. Gambar sepupu tengah mesin rumput.

Friday, August 6, 2010

Anak ayam peringkat ke2

Hari ni (6/8/2010)balik keja malam saya terus pergi ke pasar hari sungai bayu, nak ambik anak ayam yg dah order kat apek tu total semua 200 ekor. Bawak balik singah beli dedak starter 101 25Kg. Sampai umah nak kena setup brooder lak.... keje malam tak sempat nak prepair. lepas siap semua makanan & minuman+ubat stress kena check lampu brooder pulak bila buka 2 mentol dah terbakar & satu lampu holder dah pecah.. nanti petang g kedai beli. Bila brooder dah sedia barulah anak2 ayam dibawa masuk kedalam brooder. Bawah ni gambar anak2 ayam di masukkan dalam brooder.


Tuan dia tengah kalut setup brooder..ayam2 ni pulak sebok buat sepah..hehe


Bila anak ayam dah masuk brooder dalam 2 mingu ni sebok la sikit nak kena bagi perhatian kat anak2 ayam ni.Kalau ade ape masalah boleh d selesaikan dengan cepat sebelum menjadi lebih teruk. Kali ni harap brooder saya dapat berfungsi dengan lebih baik.

Wednesday, August 4, 2010

Fauzi mengganas

Di pagi yg nyaman dan tenang... Tiba2 bunyi yg kuat & bingit mengejutkan penduduk kampung sedim. Kelihatan dua pemuda sedang mengamuk mencantas & memotong mengunakan chainsaw.. penduduk mula panik dan lari menyelamatkan diri.. saya pun pergi menenangkan keadaan dan menerangkan situasi sebenar..barulah keadaan kembali tenang dan penduduk kampung pun sambung buat kerja masing2.. Saya & adik kembali memulakan kerja2 memotong & mencatas dan membersihkan kawasan kebun nak tanam pokok betik..hehe(cerita diatas hanya rekaan semata-mata..:P)

Saya tak berapa cekap sangat guna chainsaw.. belajar menebang pun kat youtube je guru takda.. tapi ape yg penting safety first. saya bagi tahu la ape yg saya tahu k:
1) Keje ni kena buat dua org min.
2) Kena tahu cara mengendalikan chainsaw. (baca manual)
3) safety glass kena pakai
4) Hard cap / topi kena pakai jaga kepala
5) safety shoes kena pakai.
6) Jangan guna sebelah tangan semasa mengendalikan chainsaw. (tengok youtube kalau nak tahu akibatnya..ngeri)

Kalau cara2 nak tebang pokok secara betul saya tak berape tahu.. Susah jugak kena tanya expert.Kalau nak tahu macam mana rasa semasa mengendalikan chainsaw syok ka tak mai sini jumpa saya, saya boleh bg try.Bawah ni Gambar saya & adik tengah memotong dahan durian kat kebun.





Bawah ni supervisor tengah monitor kami buat keja.. :)


Kawasan telah siap dibersihkan & dibakar.


Alang2 dah pegang chainsaw kami p sambung tebang dahan durian depan rumah pulak.. bukan ape risau nanti dahan patah timpa orang @ kereta. Agak mencabar jugak sebab tak pandai nak agak dahan nak jatuh sebelah mana. Setelah diteliti & yakin selamat. saya pun naik pokok and terus tebang dahan durian dari atas pokok. Gambar dahan durian yg telah dipotong. (don't try this at home)


Adik saya tengah memotong semua dahan2 durian tu.. saya nak bagi pendedahan/pengalaman guna chainsaw.


Lepas dah habis guna chainsaw kena dibersihkan sebelum disimpan.