Ayam saya

Monday, October 25, 2010

Makanan harian ayam saya

Tiap2 hari adik saya akan mengambil hampas kelapa kat kedai santan untuk diberi makan ayam2 kampung.. 300 ekor ayam kampung saya makan sebanyak satu gundi hampas kelapa setiap hari.. kuat makan sunguh ayam2 ni tengok pun gerun.. Kalau bekalan putus sebab kedai tutup terpaksa kami panjat pokok kelapa ambik buah bagi ayam2 makan. Nak harapkan jagung saja tak termampu la saya... sehari saya akan bagi sekali je ayam makan jagung iaitu pada waktu malam bila semua dah masuk reban buat lapik perut..hehe
saya bahagi kepada 2 tempat bagi makan ayam2 saya.. satu kat luar reban and selebihnya saya bubuh dalam bekas makanan dalam reban supaya ayam2 saya boleh ulang2 makan sampai petang. Gambar bawah ayam tengah makan hampas kelapa kat luar reban.



Ayam2 saya stage 1 semua dah besar2 + stage 2 yg masih mentah so tempat tido kena tambah lagi la untuk mengelakkan ayam2 ni berebut2 cari tempat tido.. lagipun tido kat tanah ni tak elok la saya rasa senang dapat penyakit.. bawah ni gambar adik saya tengah bertukang.

Saturday, October 9, 2010

Menyambut kelahiran Puteri saya yg kedua...

Apekabar kawan2 penternak ayam semua semoga sihat2 belaka. Sebulan lebih saya menyepi tak update blog ni dok sebok berhari raya and Pada 24/09/2010 saya telah menyambut kelahiran anak saya yg kedua bernama Nur alaina sofni.Nanti saya upload gambar anak saya kat sini.

Ayam saya dah besar raya haji ni dah boleh jual tapi tak banyak la lebih kurang dalam 50 ekor je.. yg lain saya nak simpan buat bertelur. Nak biak sendiri mengunakan inqubator. Setelah buat pertimbangan saya akan cuba mencipta sendiri inqubator supaya saya dapat belajar cara menetas telur2 ayam ni disamping dapat tunjuk ajar dari kawan2 penternak yg otai2. Harap dapat bagi tunjuk ajar.

Baru2 ni adik saya bagi tahu ade peniaga supply anak ayam kg,itik,piru & puyuh kat Pasar hari malau. Dia jual ayam kg ori RM1.60/ekor murah betul sebelum ni saya ambik kat apek Pasar hari sg.bayu RM1.80. Lepas ni boleh la pesan anak ayam kat dia mungkin hujung bulan sebelas ni untuk stage3. Kalau berminat bagi tau saya k.