Ayam saya

Saturday, October 13, 2012

Coming back soon..

Hampir dua tahun aku menyepi dari dunia penternakan ayam kampung... Pengalaman dulu terlalu pahit untuk aku ditempuhi sehingga aku berputus asa.. Setelah sekian lama berfikir mengapa & kenapa akhirnya aku tahu apa jawapannya.. Memang mudah untuk dikatakan tapi amat susah untuk kita memahami dan mengerti maksudnya jika kita jauh darinya.. Insyaallah aku akan kembali meneruskan apa yg telah aku usahakan dan memperbaiki kelemahan/kekurangan yg lalu, Semoga allah memberkati segala yg kita usahakan...amin. Update terkini: 1) Saya baru siap menanam anak pokok getah di sekeliling kawasan reban ayam dengan bantuan dari RISDA. Benih anak getah aku beli sendiri lepastu claim balik kerana benih bantuan tahun ini kurang berkualiti/benih muda.Dengan kawasan yg terhadap dapat la aku sumbat dalam 90 pokok anak getah. 2) Reban ayam sekarang dijadikan stor untuk simpan barang and tempat untuk bertukang. insyaallah jika dimurahkan rezeki saya akan mula menternakan ayam kampung dalam sedikit masa lagi. 3) Sekarang ni saya tengah sebok buat rumah baru untuk kami sekeluarga mengantikan rumah kami yg usang...Sekarang ni tinggal saya dengan adik no 3 (Jan) yg dok bertukang buat rumah, sebelum ni kami bertiga dengan adik no 4 (Deris) disebabkan dapat masuk kerahan tentera selama 3 bulan dikelantan. Nak upah tukang mahal sekarang terpaksa buat rumah sendiri untuk save kos. Nanti saya update picture progress projek rumah kami. insyaallah projek ni akan siap sepenuhnya 2014. sekian...

Tuesday, December 7, 2010

Jualan pada hari raya haji lepas..

sebelum tiba hari raya haji yg lepas adik saya telah menjual ayam kampung dipasar dan permintaan amat mengalakkan, selain tu ade jugak kawan2 sekerja yg tempah & org kampung mai cari nak buat putus ubat.. macam2 ada.. hehe
Permintaan ayam kampung amat memberangsangkan di sini walaupun kat kampung ramai yg bela tapi tak ramai yang jual secara terus kepada pelangan. banyak yg jual kat pemborong untuk dijual di tempat lain. Dari jualan ayam yg pertama ni saya bercadang untuk mencuba menjadi pemborong2 ayam dikawasan ini pula untuk dikumpul dan dijual bila tiba musim perayaan. Kemasukan anak ayam baru untuk mengantikan ayam stage1 yg habis dijual terpaksa dibekukan seketika akibat cuaca hujan sepanjang bulan.

Peruntukan belanjawan tahun 2011 telah di bentangkan & diluluskan.
peruntukan termasuk:
1) upgrade pagar dawai ke pagar jaring 8 kaki.
2) Buka klinik(reban pengasingan)untuk ayam2 sakit.
3) Penyediaan ubat2 ayam seperti - vaksin,antibiotik,EM & lain2.(atas hikmat nasihat pegawai veterinar).
Sebab utama peruntukkan ini di luluskan adalah untuk menjaga kesihatan ayam2 supaya terhindar dari penyakit dan memperlajari lebih mendalam cara mengubati penyakit2 ayam dengan bantuan pegawai veterinar... insyaallah.

"pengalaman lalu telah mengajar aku sesuatu yg amat bermakna...selamat tahun baru"

Monday, October 25, 2010

Makanan harian ayam saya

Tiap2 hari adik saya akan mengambil hampas kelapa kat kedai santan untuk diberi makan ayam2 kampung.. 300 ekor ayam kampung saya makan sebanyak satu gundi hampas kelapa setiap hari.. kuat makan sunguh ayam2 ni tengok pun gerun.. Kalau bekalan putus sebab kedai tutup terpaksa kami panjat pokok kelapa ambik buah bagi ayam2 makan. Nak harapkan jagung saja tak termampu la saya... sehari saya akan bagi sekali je ayam makan jagung iaitu pada waktu malam bila semua dah masuk reban buat lapik perut..hehe
saya bahagi kepada 2 tempat bagi makan ayam2 saya.. satu kat luar reban and selebihnya saya bubuh dalam bekas makanan dalam reban supaya ayam2 saya boleh ulang2 makan sampai petang. Gambar bawah ayam tengah makan hampas kelapa kat luar reban.



Ayam2 saya stage 1 semua dah besar2 + stage 2 yg masih mentah so tempat tido kena tambah lagi la untuk mengelakkan ayam2 ni berebut2 cari tempat tido.. lagipun tido kat tanah ni tak elok la saya rasa senang dapat penyakit.. bawah ni gambar adik saya tengah bertukang.

Saturday, October 9, 2010

Menyambut kelahiran Puteri saya yg kedua...

Apekabar kawan2 penternak ayam semua semoga sihat2 belaka. Sebulan lebih saya menyepi tak update blog ni dok sebok berhari raya and Pada 24/09/2010 saya telah menyambut kelahiran anak saya yg kedua bernama Nur alaina sofni.Nanti saya upload gambar anak saya kat sini.

Ayam saya dah besar raya haji ni dah boleh jual tapi tak banyak la lebih kurang dalam 50 ekor je.. yg lain saya nak simpan buat bertelur. Nak biak sendiri mengunakan inqubator. Setelah buat pertimbangan saya akan cuba mencipta sendiri inqubator supaya saya dapat belajar cara menetas telur2 ayam ni disamping dapat tunjuk ajar dari kawan2 penternak yg otai2. Harap dapat bagi tunjuk ajar.

Baru2 ni adik saya bagi tahu ade peniaga supply anak ayam kg,itik,piru & puyuh kat Pasar hari malau. Dia jual ayam kg ori RM1.60/ekor murah betul sebelum ni saya ambik kat apek Pasar hari sg.bayu RM1.80. Lepas ni boleh la pesan anak ayam kat dia mungkin hujung bulan sebelas ni untuk stage3. Kalau berminat bagi tau saya k.

Monday, August 30, 2010

Ayam stage2 keluar brooder

Ayam stage2 dah nak cukup satu bulan, keluasan brooder menjadi terhad disebabkan pembesaran & kecergasan anak2 ayam. Kalau tak handle dengan cepat takut nanti ayam boleh stress sebab kena buli dengan anak2 ayam yg lebih agresif. Menjadi Masalah jugak saya nak lepaskan anak2 ayam ni dari brooder kerana mereka ni tak boleh dicampur dengan ayam stage1.
Design reban ayam sekarang menyebabkan saya terpaksa membuat partition untuk asingkan ayam stage 1 & stage2. gambar kat bawah partition yg sedang dibuat.

saya mengunakan jaring plastik buat tirai supaya nanti mudah nak buka balik partition tu. Lepas siap pasang semua & reban dibersihkan barulah pintu2 brooder dibuka untuk membolehkan ayam2 tu merasa pijak tanah.
Gambar anak2 ayam dilepaskan.

Saturday, August 28, 2010

Baka bapak ayam kampung.

Kurang lagi 2 minggu dah nak raya... semua tengah sebok nak prepair apa2 yg patut sebelum sampai 1 syawal, ape2 pun berhati2 dijalan raya and jangan boros sangat k.

Saya sekarang ni tengah dok buat survey cari Baka bapak ayam untuk bagi kawin dengan ayam2 saya yg dah meningkat dewasa..hehe
Buat masa ni ade 2 ekor yg sesuai ambik dekat rumah tok kat mahang. satu bapak ayam kampung asli & satu lagi ayam kampung bulu balik.Gambar baka ayam kampung saya.


Nak cari lagi 2 ekor baka bapak ayam lepas raya.. kalau ade bagi tahu saya k.

Kisah Reban pertama saya.
Dulu saya ade beli 4 ekor ayam kat kawan nak bela kat kg tok di mahang dengan bertujuan nak bagi makan sisa2 makan dirumah je. Reban yg besar sikit tu saya buat dengan tok wan and reban yg kecil tu saya buat sendiri, pada masa tu saya jalankan projeck buat perabot so ade kayu lebih saya buat la reban ayam tu. Keyakinan saya untuk menternak bermula dari sini. Dari empat ekor je dah jadi berpuluh ekor sampai tak larat nak makan & siap boleh jual lagi ayam kat org2 kampung.Bawah ni gambar reban ayam kat mahang.

Saturday, August 21, 2010

NICHE INCUBATOR V2.0

Nanti bila ayam2 saya dah mula bertelur.. saya nak guna incubator macam gambar di bawah capacity 300 - 350 biji telur ayam boleh dieramkan dalam satu2 masa. Lepas raya ni rancang nak p melawat syk Niche Strategy Marketing kat terengganu jumpa En. Bedin Bin Jusoh kalau nasib baik boleh beraya sekali.. :)
Kat sana boleh la dapat penerangan yg lebih detail dari En. deris tentang incubator ni.. lepas tu baru decide sama ada berbaloi untuk membuat perlaburan yg besar ni..:P


Kalau kawan2 ade model incubator lain yg boleh tampung capacity dalam 300+ boleh bagi tau saya k..Tengah dok buat survey sekarang.