Ayam saya

Wednesday, July 7, 2010

Proses masuk anak ayam

Persiapan Brooder & Makanan ayam

Sebelum nak masuk anak ayam banyak persiapan yg perlu dibuat ini untuk memastikan anak ayam tak banyak mati. Suhu dalam brooder & makanan anak ayam amat penting. Makanan ayam saya ambik stok kat Taman Mutiara sungai Kob bertentang dgn petronas. Pakcik tu banyak pengalaman & pengetahuan dalam bab2 penternakan ni. Kat kedai pakcik ni juga menjual ubat-ubatan untuk binatang ternakan. Pakcik tu syorkan makanan anak ayam 101 kerana elok untuk pembesaran anak ayam.. harga agak mahal kalau beli kilo RM2.00 kalau beli gundi 50kg = RM83.00. Saya beli satu gundi bawak balik. Pakcik tu pesan: " air ayam jangan bagi kurang kena sentiasa ade kerana dedak ni panas sikit, kurang boleh mati anak ayam". Suhu ideal 35 - 37C.

Beli anak ayam kampung(18/06/10)

Hari yg dinanti2 telah tiba saya telah order sebanyak 200 ekor anak ayam kg ori dekat apek pasar hari sungai bayu, perak. Apek tu tolak Rm 1.80 sekor tapi masa nak g ambik ayam stok tak cukup ade 180 ekor je. Saya pun check la ayam tu betul ke tak betul ori.. ayam yg apek ni bagi ade yg kecik ade yg dah besar mungkin dia kutip anak2 ayam tu kat org kampung kot.. :P
"gambar masa ambik anak ayam takde kerana kamera tak setup lagi"


Anak ayam minggu pertama..aku dalam dilema

Bermula detik manis dan pahit dalam penternakan ayam kampung ni.. hari pertama lepas ayam dalam brooder tengok ayam main2 dalam tu rasa seronok je.. terpaku kat 1/2 jam jugak tengok gelagat anak2 ayam tu.Bekas makanan & minuman cukup agaknya walaupun ayam2 tu berebut2 nak makan. hari pertama je saya monitor 4-5 kali takut ade ape2 masalah... biasala baru nak bela anak ayam takde pengalaman.Pada waktu malam saya p monitor anak2 ayam tu tengok depa tido and suhu dlm brooder... suhu agak merisaukan hanya mencapai 29C dari suhu ideal 35-37C.

Esok pagi masuk hari ke2 saya pergi monitor anak ayam & bermula la detik2 yg menyedihkan bila lihat 2 ekor anak ayam saya mati.Begitu la yg berlaku hingga hari ke6 5 ekor anak ayam mati dalam satu malam.Malam tu hujan lebat dari hari2 sebelumnya. ape yg tak kena & apa masalah sebenarnya?????? persoalan yg bermain difikiran. Tiada sifu untuk berkongsi masalah terpaksalah saya mencari altenatif lain.Dengan bantuan internet saya pun cari la pakar2 ayam akhirnya jumpa dengan abg bob dalam blog dia (inqubator supliyer).

3 perubahan pada brooder telah dibuat selepas berbincang dengan abg bob.
1)Lampu brooder dari 6 mentol + 2 lagi mentol (4 mentol: 100 ekor ayam)
2)Kedudukan lampu re-design supaya boleh ubah mengikut kesesuaian/keselesaan anak ayam.
2)Jaring aliran udara terlalu besar menyebabkan suhu dalam brooder menurun bila waktu hujan/waktu malam.Kain selimut dipasang bagi menutupi aliran udara keluar masuk pada waktu malam/hujan.
Detail boleh lihat gambar dibawah:




ayam minggu kedua & ketiga

Kematian ayam terkawal setelah pelbagai usaha telah dilakukan. Kematian anak ayam memcecah 22 ekor dari minggu pertama hingga minggu kedua dengan jumlah kerugian RM39.60. Pada minggu ketiga anak2 ayam sudah siap untuk dilepaskan dari brooder kerana bulu dah tumbuh sikit & dah tak cukup ruang untuk mereka bermain.. bikin kecoh sana sini..lompat sana sini.. ayam oooi!!! jaga jangan patuk mata sudah.. :P
Bawah ni gambar anak ayam usia 3 minggu.




Persiapan nak lepas ayam dari brooder

adus masalah... reban pintu tak pasang lagi ayam dalam brooder dah nak keluar hujung minggu ni. Dapat gaji 5hb saya terus p hardware beli kayu (1x2)14k x 2 & 12k x2,paku,selak pintu & mcm lagi dgn kos rm60 bawak balik naik kancil je letak atas bumbung.. :)
kelmarin saya ngan adik buat pintu depan & belakang siap pasang jaring ngan zink. Detail boleh lihat gambar kat bawah.



No comments:

Post a Comment