Ayam saya

Saturday, October 13, 2012

Coming back soon..

Hampir dua tahun aku menyepi dari dunia penternakan ayam kampung... Pengalaman dulu terlalu pahit untuk aku ditempuhi sehingga aku berputus asa.. Setelah sekian lama berfikir mengapa & kenapa akhirnya aku tahu apa jawapannya.. Memang mudah untuk dikatakan tapi amat susah untuk kita memahami dan mengerti maksudnya jika kita jauh darinya.. Insyaallah aku akan kembali meneruskan apa yg telah aku usahakan dan memperbaiki kelemahan/kekurangan yg lalu, Semoga allah memberkati segala yg kita usahakan...amin. Update terkini: 1) Saya baru siap menanam anak pokok getah di sekeliling kawasan reban ayam dengan bantuan dari RISDA. Benih anak getah aku beli sendiri lepastu claim balik kerana benih bantuan tahun ini kurang berkualiti/benih muda.Dengan kawasan yg terhadap dapat la aku sumbat dalam 90 pokok anak getah. 2) Reban ayam sekarang dijadikan stor untuk simpan barang and tempat untuk bertukang. insyaallah jika dimurahkan rezeki saya akan mula menternakan ayam kampung dalam sedikit masa lagi. 3) Sekarang ni saya tengah sebok buat rumah baru untuk kami sekeluarga mengantikan rumah kami yg usang...Sekarang ni tinggal saya dengan adik no 3 (Jan) yg dok bertukang buat rumah, sebelum ni kami bertiga dengan adik no 4 (Deris) disebabkan dapat masuk kerahan tentera selama 3 bulan dikelantan. Nak upah tukang mahal sekarang terpaksa buat rumah sendiri untuk save kos. Nanti saya update picture progress projek rumah kami. insyaallah projek ni akan siap sepenuhnya 2014. sekian...