Di pagi yg nyaman dan tenang... Tiba2 bunyi yg kuat & bingit mengejutkan penduduk kampung sedim. Kelihatan dua pemuda sedang mengamuk mencantas & memotong mengunakan chainsaw.. penduduk mula panik dan lari menyelamatkan diri.. saya pun pergi menenangkan keadaan dan menerangkan situasi sebenar..barulah keadaan kembali tenang dan penduduk kampung pun sambung buat kerja masing2.. Saya & adik kembali memulakan kerja2 memotong & mencatas dan membersihkan kawasan kebun nak tanam pokok betik..hehe(cerita diatas hanya rekaan semata-mata..:P)
Saya tak berapa cekap sangat guna chainsaw.. belajar menebang pun kat youtube je guru takda.. tapi ape yg penting safety first. saya bagi tahu la ape yg saya tahu k:
1) Keje ni kena buat dua org min.
2) Kena tahu cara mengendalikan chainsaw. (baca manual)
3) safety glass kena pakai
4) Hard cap / topi kena pakai jaga kepala
5) safety shoes kena pakai.
6) Jangan guna sebelah tangan semasa mengendalikan chainsaw. (tengok youtube kalau nak tahu akibatnya..ngeri)
Kalau cara2 nak tebang pokok secara betul saya tak berape tahu.. Susah jugak kena tanya expert.Kalau nak tahu macam mana rasa semasa mengendalikan chainsaw syok ka tak mai sini jumpa saya, saya boleh bg try.Bawah ni Gambar saya & adik tengah memotong dahan durian kat kebun.
Bawah ni supervisor tengah monitor kami buat keja.. :)
Kawasan telah siap dibersihkan & dibakar.
Alang2 dah pegang chainsaw kami p sambung tebang dahan durian depan rumah pulak.. bukan ape risau nanti dahan patah timpa orang @ kereta. Agak mencabar jugak sebab tak pandai nak agak dahan nak jatuh sebelah mana. Setelah diteliti & yakin selamat. saya pun naik pokok and terus tebang dahan durian dari atas pokok. Gambar dahan durian yg telah dipotong. (don't try this at home)
Adik saya tengah memotong semua dahan2 durian tu.. saya nak bagi pendedahan/pengalaman guna chainsaw.
Lepas dah habis guna chainsaw kena dibersihkan sebelum disimpan.
AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
9 months ago
No comments:
Post a Comment