Ayam saya

Friday, August 13, 2010

Selamat berpuasa

hari ni dah 3 hari kita berpuasa rasa cepat bebenorr.. aktiviti & projek2 direban banyak yg kena delay buat sementara waktu just monitor ayam2 dalam reban. ayam stage1makin membesar & bermain2 riang disekeliling reban. Dalam perhatian saya ayam bela lepas ni mereka lebih cergas bulu pun cantik je.. dulu masa kurung dalam reban ayam kebanyakan nampak tak cergas & banyak ayam2 kena buli dengan member yg lebih besar. Mungkin kat luar depa boleh berdikari & lebih tenang tampa perlu bersaing dengan ayam2 lain. Ayam stage2 ni ade masalah sedikit kematian anak ayam menunjukkan peningkatan mendadak dalam perhatian saya kemungkinan dedak ayam ni ade masalah menyebabkan ayam kurang makan.. esok nak kena beli dedak baru kat sungai kop dalam 10kg nak test. Ayam ni macam budak2 jugak tanda2 sakit @ demam nak kena cepat/pandai trigger, penternak baru macam saya ni lambat nak kenal pasti masalah sebab takde pengalaman lagi.. :)

Semoga dibulan ramadan ni segala dugaan dapat ditempuhi dengan penuh sabar..amin

No comments:

Post a Comment