Ayam saya

Wednesday, July 28, 2010

Benih betik Tikam Batu Kedah

Hari isnin (26/07/10) pagi kami bertolak dari rumah ke Tikam batu nak beli benih betik kat member mak nama Mat Nor. Mat nor buat pendapatan sampingan dengan hasil pertanian, banyak juga benih yg disemai & tanam cth: cabai besar,betik,sayur2an & jagung.Kalau nak benih cabai @ jagung bagi tau saya k. Bawah ni gambar benih betik ambik kat Mat nor ade dalam 30 pokok betik & 5 benih cabai.




Buat masa ni Betik tak boleh nak tanam lagi sebab ade dahan durian melintang tengah kebun.. so kena clear dulu baru boleh tanam. Gambar bawah dahan durian yg tumbang.

Hari selasa (27/07/10) saya buat persiapan untuk menebang dahan durian. First kena asah mata Chainsaw bagi tajam baru best cantas-mencantas, topup minyak hitam & petrol.Gambar kat bawah saya tengah asah mata Chainsaw.

Lepas dah siap service kena hantar check kat Quality & safety control owner untuk test bila dah ok baru boleh digunakan. Bawah ni owner Quality & safety control tengah buat test... :)

No comments:

Post a Comment