Blog ini tercipta untuk berkongsi pengalaman saya dalam menceburi diri dalam dunia penternakan ayam kampung yg boleh dikatakan baru bagi saya. Saya berharap kepada sesiapa yg membaca dan mengikuti perjalanan saya ini, harap dapat memberi tunjuk ajar dan pendapat anda masing2. saya menerima sebarang kritikan asalkan ia sesuatu yg membina supaya saya/kita dapat belajar & memperbaiki kesilapan & kelemahan dalam bidang penternakan ayam kampung ini. (baru belajar nak menulis..:P)
Sebelum memulakan bicara saya cerita serba sedikit tentang latar belakang saya. Saya berasal dari kg Mahang di kulim kedah, anak sulung dari 5 adik beradik. Saya dah berkahwin dan mempunyai seorang puteri & bulan 9/2010 ni + lagi 1.Saya bekerja sebagai technician kat area kulim HI-Tech.Hobi saya suka melakukan kerja2 pertukangan yg mana melibatkan pengunaan mesin2 & alat pertukangan. Hardware adalah tempat yg paling saya gemari macam2 benda ade kat sana rabun mata dibuatnya. Banyak alat2 baru kat sana yg dapat memudahkan lagi kerja pertukangan.
Bermulanya satu perjalanan baru...
Kawasan strategic
Sebelum nak bela ayam kena tengok kawasan yg sesuai dulu. Tengok tanah emak kat belakang umah terbiar dengan pokok pisang yg tak terurus sebab kena serang penyakit. Saya mengambik keputusan untuk usahakan tanah tu buat projek ayam kampung. Saya & adik deris (org kuat saya) partime jadi askar wataniah (koperal) memulakan proses menebas & meracun semak samun & clear pokok2 pisang tingal sikit habuan bagi makan ayam2.
Pelan makanan alternative untuk ayam:
- Tanam pokok kelapa matag 5 pokok. (+5 next month)
- Tanam pokok nangka masturi 5 pokok.
- Tanam Anak betik 30 pokok postpone kena siap pagar dulu sebab serangan babi hutan..:P
Gambar terkini kawasan reban ayam saya.
Reban
Setelah 2 tahun memasang angan2 akhirnya 2010 bermulalah projek ayam kampung saya. Reban ayam saya buat dengan adik saya dengan cost RM3000 pembinaan mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan kerana time cuti je boleh buat reban. gambar kat bawah ni reban ayam saya.
Brooder
Selepas siap reban kena buat persediaan nak masuk anak ayam. check2 la forum & internet untuk cari maklumat nak bela anak ayam... maklum la takde pengalaman. Bukan senang nak senang banyak jugak perkara & benda yg kena tahu untuk bela anak ayam ni. Maklumat yg saya dapat kena sediakan Brooder untuk anak ayam.Bawah ni saya bagi detail mengenai brooder yg saya dah buat.
Brooder size: 2m x 2m
bahan2: Guna kayu pallet
capacity ayam: 200 max
lampu: 8 biji 25Watt
Digital thermometer : 1 set
tempat makan: 4
tempat air: 4
lapik lantai brooder : jaring plastik = 1m x 2m (2set)
kelebihan:
1) boleh dibahagikan kepada 2 bahagian.
2) terdapat dua pintu extra untuk memudahkan keluar masuk anak ayam.
3) Kedudukan lampu boleh adjust mengikut kesesuaian.
4) Digital thermometer mudah untuk monitor suhu dalam brooder.






cayalah poji
ReplyDeletesalam... tahniah! saya kagum dgn usaha saudara. tentu dah maju usaha ayam2 kampung saudara sekarang.
ReplyDeletesaya juga bekerja di Hitech, sudah jemu dgn kualiti ayam yang dijual di pasar malam dan pasaraya. Saya berniat untuk memberikan yang terbaik untuk anak isteri, jadi teringin untuk membela ayam kampung sendiri. dalam 4,5 ekor sekali bela aje. juga langsung tak ada pengalaman apa2. jadinya teringin sekali nak menimba ilmu dengan saudara dan seterusnya membeli bekalan anak ayam dr saudara. jika ok, tolong call saya di 019-5576972 atau 019 4806972. saya Khairul Nizam dr Silterra. terima kasih.
salam mcm mne sy nk dapt kan contct cik poji.. 013-491 8683
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesilap bg no phne tu yg delete komen,huhu.sesuai dgn tema cik "Bersama Kita Jayakan Penternakan Ayam Kampung".masih dlm perancangan td baru p pejabat tekun untuk loan.tp saya memerlukan rakan kongsi kalau berminat leh kol saya di 011-14415187.saya pencen awal askar 6thn srvice skng duk keja di kilang hi-tech rumah di tmn mutiara.
ReplyDelete