Ayam saya

Friday, July 23, 2010

hampas kelapa menjadi makanan altenatif

Kelmarin adik p ambik satu gundi hampas kelapa kat kedai jual santan fresh. Tok saya dah buat deal ngan tuan kedai (member tok jugak..:P)simpan stok tiap2 hari untuk bagi ayam2 saya makan. Thanks tok kerana bagi support & tuan kedai yg baik hati..:)
Ramuan makanan altenatif:
Campuran 2 jenis dedak + hampas kelapa = ayam kenyang berpanjangan...hehe

Bekas makan & minuman dah beli baru khas untuk ayam dewasa.. gambar kat bawah ayam tengah sarapan pagi.

makanan altenatif dilapangan:
1) Pokok Betik
minggu depan p beli benih pokok betik kaki 30 pokok. Pokok betik jenis ni buah lebat makan pun tak habis, saya jadikan sebagai makanan altenatif diluar reban.. Betik akan berbuah dalam masa 6 @ 7 bulan. Tahan lebih kurang selama 2 tahun.
2) Pokok kelapa matag
Pokok kelapa ni dah tanam 5 pokok & mungkin akan tambah lagi 5 pokok tanam kat tepi pagar buat border. Pokok matag ni jenis rendah buah boleh cecah 20 biji setandan ambik masa 2 & 3 tahun untuk berbuah.

1 comment:

  1. assalamualaikum....
    saya baru nk mula belajar bela ayam....
    kt mana saya boleh dapat dedak murah area kedah(alor star or sg petani)
    nk p kulim jauh sikit la....

    ReplyDelete